PERJALANAN KE PANTAI TIMUR

 

Pagi, jam 10 kami bertolak dari Bandar Baru Bangi menuju ke Kuala Terengganu bagi menghadiri majlis menghantar Faizah ke rumah mertuanya di Kuala Terengganu. Kami berhenti di Kepong untuk berkumpul bersama pak ngah Abd Latiff dan Zainudin.

Hampir jam 11 pagi bertolak dari Kepong ke Terengganu, melalui MRR2 yang dibuka satu laluan sahaja, tapi trafik bergerak lancar. Sampai di TOL Gombak kami bayar toll RM4.00 dan toll Karak bayar lagi RM2.50.

Kami memasuki LPT di Tol masuk Karak dan keluar di Tol Kuantan dengan bayaran RM19.60. Sebelum itu kami singgah di R&R Temerloh dan mengisi minyak penuh RM43.00.

Sampai di Dungun kami berhenti rehat lagi, saya makan Mee bandung, sedap juga. Selepas berehat, makan dan ada yang solat, kami meneruskan perjalanan dan tiba di Kuala Terengganu lebih kurang jam 7.30 malam. Di sana Nazir datang menjemput dan membawa kami ke rumah tumpangan di Kg Serdang Baru, tepi lebuhraya Seberang Takir.

Pagi, kami disediakan dengan nasi dagang, nasi lemak dan kueh-mueh tempatan. Terima kasih kepada keluarga Nazir yang telah melayan kami dengan penempatan selesa dan makanan yang sedap-sedap. Pagi itu pak ngah sempat meninjau sekitar kampung Serdang baru dan Udin joging sambil melihat keadaan sekitar.

Rombongan mula bergerak ke rumah Nazir pada jam 11 pagi dan tiba jam 11.30 pagi. Selepas jamuan istimewa untuk kami ahli rombongan, pertemuan antara dua keluarga dan sesi bergambar, rombongan kembali ke tempat penginapan masing-masing kecuali kami sekeluarga bertolak menuju ke Kelantan.

SELAMAT MELAYARI ALAM RUMAHTANGGA BUAT FAIZAH DAN NAZIR, SEMOGA BERBAHAGIA DAN SENTIASA MENDAPAT RAHMAT ALLAH


Masjid Putih

Link menarik

Photo-photo sekitar majlis pertunangan perkahwinan Faizah

Link keluarga Abdul Latiff

Kembali ke Main page KFD

Kembali ke web walimah Faizah
 


R&R Temerloh


Plaza Tol Kuantan


Berbincang antara rombongan