Kembali ke laman utama Jamaliah

Anak-anak
Jamaliah

Nur Rasyidah
Persekolahan
Kerjaya
Kenangan

Abdul Mukmin
Persekolahan
Kerjaya
Kenangan

Nur Rahimah
Persekolahan
Kerjaya
Kenangan

Abdul Khaliq
Persekolahan
Kerjaya
Kenangan

Nurliana Hafizah
Persekolahan
Kerjaya
Kenangan

Jamaliah, anak sulong Hajah Mariam dilahirkan pada 23 Disember 1960. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Dangi dan Sekolah Menengah Dangi.

Kerjaya
Mula membina kerjaya dengan Jabatan Air dan Saliran depabatb Jalan Ampang, dan berpindah ke syarikat swasta Sterling Drug (sekarang Smith Kline) di Taman Sri Keramat, Ulu Klang. Akhir sekali betugas dengan Bank Simpanan Nasional di ibu pejabat Jalan Ampang sebelum berpindah ke Pusat Latihan BSN, Bangi mulai tahun 1983.

Rumak tangga
Berkenalan semasa bekerja di Syarikat Sterling Drug dan memutuskan untuk meneruskan perkahwinan pada 6 Jun 1982 dengan Mohd Razmi Jusoh, seorang pegawai di Jabatan Telekom masa itu yang berasal dari Kelantan. Hasil perkongsian hidup Jamaliah di kurniakan 5 orang anak, Nur Rasyidah, Abdul Mukmin, Nur Rahimah, Abdul Khaliq dan Nurliana Hafizah.

Pada mulanya Jamaliah dan suami menyewa di Taman Sri Ampang selepas berpindah dari rumah sewa bujang masing-masing di Taman Sri Keramat. Merasakan jarak yang jauh antara Taman Sri Ampang ke tempat kerja, Jamaliah dan suami mengambil keputusan berpindah ke Kampong Datok Keramat, Kuala Lumpur (Lorong Keramat Dalam 3, bersekatan Pasar Datok Keramat). Disini, empat dari 5 orang anak mereka dilahirkan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat.

Pada tahun 1990, Jamaliah dan suami mengambil keputusan membeli rumah sendiri di Bandar Baru Bangi dan berpindah ke situ pada tahun berikutnya.

 


Nur Rasyidah
(kak long)


Abdul Mukmin

(Abang ngah)


Nur Rahimah
(kak nik)


Abdul Khaliq
(abang cik)


Che Nurliana Hafizah
(adik/eija)